2013 merupakan tahun ke 3 sekolahku menyertai pertandingan OpenOffice.org yang dianjurkan oleh JPNWPKL. Pertandingan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada penggunaan sumber terbuka (free source) dalam kehidupan mereka.
Pada kali ini, memerlukan kami menggunakan kesemua perisian openoffice.org (writer, impress, cal, draw dan base) bagi menghasilkan persembahan yang bertemakan "SEKOLAHKU". Perisian Openoffice.org ini memang mudah digunakan sama macam guna MIc Office. Namun masalah utama yang kami hadapi adalah kekangan masa, semasa menyiapkan projek ini saya sibuk memimpin pasukan Kadet Polis membuat latihan kawad kaki untuk menyertai pertandingan peringat zon. Namun dengan semangat dan para pelajar, akhirnya projek ini dapat disiapkan juga.
Pengumuman keputusan pertandingan telah diadakan di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30.03.2013 (cantik tarikhnya). Aku bukan saja berdebar untuk mendengar keputusan namun telah dijemput oleh pihak jabatan menjadi penceramah jemputan untuk memberi ucapan mengenai Pembudayaan ICT di sekolah. Walaupun aku dah biasa berucap didepan pelajar dan guru di sekolah ku, kali ini aku kene berucap di depan pihak jabatan dan pentadbir dari seluruh sekolah di Kuala Lumpur. Ini merupakan pengalaman berharga buat ku sebagai seorang guru sepanjang 3 tahun berkhidmat. Sememangnya aku tak petah berbicara, namun peluang yang ada aku gunakan sebaik mungkin.
Tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman keputusan pertandingan.......gembira tak terkira apabila SMK Menjalara telah diumumkan sebagai pemenang JOHAN kategori sekolah menengah. Akhirnya, bebaloi semua hasil kerja kami. Tahniah Muhamad Irfan, Muhammad Iskandar dan Ahmad Sufian. Tahun depan kita cuba lagi ye