Hari Pertama
Cuti hujung tahun kali ini sempat ke Kuantan. Kami sampai hari Jumaat, tak plan apa-apa pun tapi hari pertama kami menginap di Hotel Grand Continental lokasi betul-betul belakang Mega Mall. Bilik yang kami duduk ada 2 katil tp yang penting ada tab mandi untuk anak2 ku yang suka berendam. Hehehe
Selepas berehat di hotel kami bersiap-siap untuk cari makan. Lokasi makan kami adalah di restoran Ana Ikan Bakar Petai (tak ingat betul tak nama kedai tu.....Adham yang ingatkan I). Makanan kat situ blh tahan + fresh. Kami makan tom yam ayam, siakap masam manis, sotong goreng tepung, telur dadar, keropok lekor & minuman tak sampai pun RM70....murah lah tu. Overall aku blh bg 3 bintang. Lupa nak ambil gambar kedai sebab masa tu lapar sangat.

HARI KEDUA
Masih tak ada plan nak pergi mana-mana. So hubby ajak g makan roti canai di Tanjung Lumpur (nama kedai lupa plak). Ramai betul pelanggan yang datang. Best juga roti canai kat situ, lembut dan gebu je. Lepas makan, kami g jalan2 ke Telok Cempeda. Oleh kerana hujan kami hanya berhenti sekejap je. Kebetulan kak long dan ibunda tercinta datang ke Kuantan dan kebetulan juga swimming suite anak-anak aku bawa, so destinasi seterusnya adalah De Rhu Beach Resort. Kat sini ada kolam mandi ala-ala water park. Kalau tak nak check in pun boleh gak mandi kat sini tapi bayar dalam RM10 (kalu tak silap). Seronok tengok aksi anak2 ni mandi.

HARI KETIGA Ni hari terakhir kami di Kuantan, selepas singgah makan di Meramu, kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Tempat pertama yang kami singgah adalah SOGO. Walaupun nama je duduk KL, bukan selalu pergi SOGO. Ramai betul orang kat SOGO petang tu sampai parking pun penuh. Nasib kami baik dapat parking betul-betul depan surau. Selepas solat kami pun pergi membeli belah dapatlah beli pakaian family. |