LASAGNA VERSI MANIR
Bread Lasagna (Beef)
Bahan-bahan (inti) : 250g Daging cincang (if bekas besar lebihkan) 2 sosej (hiris-optional sekadar memeriahkan) 1 biji bawang holland (dadu) 3 biji bawang putih (cincang) 4 sudu sos pasta (sos tomato pon boleh) 4 sudu sos black pepper Serbuk paprika (optional-den tambah) Mixed herbs (optional-den tambah) 3 inch carrot (dadu) - blh guna mix vege 1 batang cili merah (hiris halus) 1 batang cili hijau (hiris halus) Daun sup (hiris halus) Bahan-bahan lain : Roti gardenia (atau apa2 roti, berapa keping ikut bekas) 12 slice Cheese (sama mcm roti-ikut bekas) ½ cawan Mozzarella cheese (parut-optional) 100ml susu segar 2 biji telur Majerin (untuk gris tray) Cara-cara (inti) : 1. Panaskan minyak, tumis bawang holland & bawang putih sehingga wangi. 2. Kemudian masukkan carrot, masukkan daging cincang & sosej. Masak sehingga daging empuk. 3. Selepas daging empuk, masukkan sos pasta & sos blackpepper. Gaul sebati. 4. Letak serbuk paprika & mixed herbs. Gaul sebati. 5. Masukkan cili merah, hijau & daun sup. 6. Gaul rata. Masak sekejap. Siap, ketepikan & biar sejuk. Cara-cara (melapis) : 1. Gris tray dengan majerin 2. Kacau telur & susu sehingga sebati. Celurkan roti 3. Susun roti dlm tray rapat². 4. Kemudian letak inti di atas roti dan ratakan. 5. Letak slice cheese di atas inti. 6. Ulang cara 2-5 7. Layer yg atas sekali tabur mozzarella. 8. Bakar 160-180°c (ikut oven masing²) - 40mini |